17 Perkara yang boleh dipelajari dari pemilik Jakel

  1. Jakel mula dikenali ramai apabila mereka menggunakan platform pengiklanan dan promosi di Malaysia Hari Ini (Tv3) dan bunting.
  2. Mereka memperuntukkan bajet untuk iklan dan promosi sekitar Rm 15 juta setahun.
  3. Pada tahun 2013, Jakel telah membuat jualan terkumpul sebanyak Rm 600 juta.
  4. Jakel menggunakan platform radio, surat khabar dan pamplet bersaiz A4 untuk meningkatkan kesedaran kepada pelanggan dan bakal pelanggan.
  5. Perkara penting semasa membuat promosi adalah stok. Pastikan stok mencukupi.
  6. Kekurangan stok yang mencukupi akan mendatangkan beberapa kelemahan lain seperti kepercayaan pelanggan akan berkurang, pelanggan akan lupa serta boleh menjejaskan sedikit kredibiliti.
  7. Produk yang bagus bukan jaminan keuntungan sekiranya ia tidak seiring dengan servis yang baik.
  8. Jakel mengutamakan servis yang baik kepada pelanggan di cawangannya bagi meningkatkan pengalaman baik pelanggan semasa membeli di Jakel.
  9. Semakin banyak persaingan semakin tinggi “awarenes” yang mereka dapat.
  10. Apabila menghadapi persaingan, Jakel lebih fokus untuk menjaga 3 perkara iaitu servis, kualiti produk dan harga.
  11. Jakel pernah menjual kain dengan harga RM 1 semeter. Walaupun rugi pada satu jenis kain, tetapi mereka untung pada produk-produk lain.
  12. Mereka akan memaksimakan penggunaan segala medium pengiklanan untuk meningkatkan “awareness” kepada orang ramai.
  13. Di antara cabaran utama Jakel adalah design yang mereka keluarkan sering ditiru.
  14. Untuk jualan retail,staff Jakel telah dilatih untuk memberi maklumat produk dengan sebaiknya kepada pelanggan.
  15. Pelanggan yang datang ke cawangan retail Jakel akan diekori demi menjaga servis dan keperluan pelanggan.
  16. Harga bukan isu besar apabila kualiti dan servis dijaga.
  17. Jakel mengenali siapa target pelanggan mereka.

No Comments

Leave a Comment