Omar Ali berpengalaman lebih 70 tahun

Beliau adalah Pengarah Urusan, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. Syarikat yang beribu pejabat di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu diasaskan oleh ayah beliau, allahyarham Omar Ali, pada tahun 1935. Bisnes ayahnya bermula dengan menjual pakaian tradisional di sebuah bazar yang kini menjadi tapak Wisma Yakin, di Jalan Masjid India. Selain baju Melayu, ayahnya juga mahir menjahit sut iaitu pakaian popular di zaman pemerintahan Inggeris dahulu.

Kini bisnes keluarga yang diwarisi generasi kedua itu berkembang maju. Selain beroperasi di kampung Baru dan Wisma Yakin, mereka memiliki sebuah butik di pusat membeli belah Alamanda di Putrajaya. Butik itu menjual koleksi pakaian berjenama Omar Ali. Menjual pakaian siap, mengambil tempahan baju kurung, kebaya, baju Melayu, sut korporat dan pakaian seragam untuk individu dan pihak swasta seperti bank, hotel dan kilang. Syarikat itu juga membida tender-tender membekal pakaian kepada jabatan-jabatan kerajaan.

Azizah adalah graduan jurusan eknomi dari Northern Illinois University, America Syarikat. Beliau adalah anak bongsu daripada sebelas orang adik-beradik.

Pengalaman bisnes lebih 70 tahun dan dibantu 30 orang tukang jahit mahir, Omar Ali Holdings mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Para pelanggan yang serasi dengan perkhidmatan mereka datang berulang-alik sejak usia muda hingga ke hari tua mereka. Bisnes keluarga ini berjaya kerana mereka sentiasa menjaga mutu jahitan, mengikut peredaran fesyen dan memenuhi kehendak pelanggan. Selain pasaran tempatan, Omar Ali Holdigs juga menerima tempahan dari luar negara.

Cita-cita beliau adalah memastikan bisnes yang dimulakan oleh arwah ayahnya dapat diteruskan oleh ahli-ahli keluarganya yang lain supaya kejayaan yang dicapai dapat berkongsi bersama demi masa hadapan mereka, baik ahli keluarga serta para pelanggan yang dimuliakan.

No Comments

Leave a Comment