Kisah seorang penoreh getah

Beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Beliau pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik. Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.

Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Beliau mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya. Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani.

Sendayu Tinggi amat dikenali dengan rawatan herbanya apatah lagi Sliming Set yang kian popular telah terbukti berkesan dalam menguruskan badan. Bermula dengan manjadikan diri sendiri sebagai bahan ujikaji seterusnya menubuhkan syarikat pada tahun 1997 dan bertapak secara meluas sekitar tahun 1999, sekali lagi beliau mancipta revolusi kecantikan dan berpaling arah dalam meliasasikan kecantikan wanita.

Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea. saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk motivasi.

No Comments

Leave a Comment