Jutawan Takaful

Azizam Saidina Othman pernah berniaga di pasar malam, menjadi promoter di supermarket dan menjadi operator kilang di Penang Seagate dari tahun 1994 hingga 1997.

Pada tahun 1997 beliau menyertai MNI Takaful Sdn Bhd sebagai seorang Wakil Takaful Keluarga. Dan, seterusnya dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Unit pada tahun 1999 dan langkah beliau memang menjadi setelah dinaikkan pangkat sekali lagi ke jawatan yang dipegangnya sekarang iaitu Pengarah Agensi Kumpulan.

Sebelum beliau menyertai Industri Takaful. Beliau pernah menjadi Wakil Insuran sejak awal tahun 90an ketika berusia belasan tahun.

Sebelum sampai ketahap sekarang. Beliau pernah hidup susah dengan menunggang motosikal untuk memasarkan pelan pelan perlindungan dan simpanan dari syarikat takaful yang diwakilinya. Berkat kesabaran dan kesungguhan beliau berjaya memperolehi pendapatan tahunan yang luar biasa dari kebiasaannya.

Perdapatan pertama beliau sebagai Wakil Takaful adalah sebanyak RM15 sahaja iaitu pada tahun 1997. Dan, beliau kini mendapat pendapatan tahunan hampir RM1 juta setahun dan dengan pendapatan berkenaan beliau berjaya mengembangkan perniagaan beliau ke seluruh kawasan utara.

Hari ini, siapa yang tidak mengenalinya terutamanya didalam industry Insuran & Takaful di Malaysia.” Jika anda ingin memulakan perniagaan, mulakan dengan apa yang anda ada “ itulah pesanan ringkas Saudara Azizam saidina Othman kepada anda yang ingin memulakan perniagaan

Beliau juga merupakan pemilik kepada jenama My-ViTA yang dikeluarkan oleh syarikat beliau iaitu Muslimmart Sdn Bhd

No Comments

Leave a Comment