Kisah Kejayaan Tan Sri Mustapha Kamal

Latar belakang

Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah & Galian Selangor. Kemudian beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd.

Pada peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah sehingga beliau mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk memulakan usaha perniagaan sendiri. Ini telah mendorong beliau menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983.

Berbekalkan pengalaman sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian serta pengalaman selama kira-kira 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal, dalam menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi Kumpulan dengan merangka wawasan serta matlamat, pada masa yang sama, mencurahkan pengetahuan luas yang beliau miliki dalam industri kepada kakitangannya.

Tan Sri juga banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah tempatan dan antarabangsa. Antara lain, beliau adalah Pengarah South-South Corporation Berhad(MASSCORP) ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Selatan-Selatan Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika.

Pada 15 Mac 2004, Tan Sri telah dianugerahkan dengan pengiktirafan “Professor Adjung” oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana.

Latar Belakang Perniagaan

TAN Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.

Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999.

Namun, pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.

Beliau berjaya membawa status MKland selaku syarikat pengurusan Hartanah yg berjaya membangunkan kawasan-kawasan yg dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yg lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana, Cyberjaya. MKland juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi Lagoon.

Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup “e-lifestyle township” yg moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MKland. Bekas graduan Universiti Malaya ini berjaya meletakkan namanya didalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah.

Anda juga boleh berjaya dengan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan dulu. Klik sini!

1 Comment

  • Mr WordPress June 22, 2016 at 6:20 am

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in and view the post's comments. There you will have the option to edit or delete them.

    Reply

Leave a Comment