Browsing Category : Jutawan Wanita

Siti Hajar usahawan berjaya kelahiran NBOS


KLUANG 17 Ogos – Berkat kegigihan dan semangat tidak mengenal erti putus asa menjadi azimat bagi Siti Hajar Husnan, 31, untuk muncul sebagai usahawan pes masakan tradisional Melayu yang berjaya dan dikenali ketika ini. Siti Hajar menghasilkan 12 produk perencah makanan menggunakan jenama Ieja, antaranya Pes Masakan Hitam, Soto, Rendang Tok, Sambal Tumis Bilis, Pes Asam Pedas dan Gulai Kawah…

Read More »

“The main capital in business is yourself “


Datuk Maznah Hamid dilahirkan pada 18 April 1955 di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah. Beliau menubuhkan Securiforce kira-kira 27 tahun yang lalu dan menjadi pembekal Keselamatan terbesar di Malaysia. Beliau memulakan perniagaan bermodalkan hanya RM5000 dari simpanan beliau. Beliau kini mengetuai hampir 50 cawangan dengan pekerja yang mencapai hampir 5000, beratus-ratus senjata api dan beberapa kenderaan perisai. Perkhidmatan bukan sahaja terhad…

Read More »

Kisah Kejayaan Erni Dekritawati Yuliana Buhari – Pengarah Nouvelle Beuty Sdn Bhd


JIKA diukur dengan masa, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, mungkin masih terlalu mentah untuk memahami sepak terajang dunia perniagaan. Meneruskan legasi ibunya, Datuk Sosilawati Lawiya sebagai pengasas empayar produk kecantikan Nouvelles Visages sejak lima bulan lalu, anak sulung enam beradik itu perlu secekal ibunya dalam mengharungi dunia perniagaan serba mencabar. Mungkin pada anggapan sesetengah pihak, meneruskan perniagaan diwarisi daripada keluarga…

Read More »

Kisah suka duka sebelum berjaya Datuk Sosilawati Lawiya


KISAH hidup wanita yang boleh dianggap antara paling berjaya dalam bidang industri kecantikan di negara ini Datuk Sosilawati Lawiya sememangnya penuh ranjau dan duri. Sosilawati yang pernah mengalami pelbagai peristiwa jatuh bangun dalam hidup kini dikejutkan pula dengan kisah kehilangan beliau sejak ahli keluarganya melaporkan kehilangannya sejak 30 Ogos lalu. Kini setelah Hari Raya Aidilfitri masuk hari ketiga keluarganya masih…

Read More »

Rezeki dari bisnes mi kuning


MENGUSAHAKAN perniagaan makanan bukanlah semudah yang disangka tanpa pengalaman dan peralatan yang sempurna. Tapi semua ini dapat ditempuh dengan hati yang tabah oleh seorang ibu muda, Roslina Che Abdullah, 34 tahun. Bagi ibu kepada dua orang anak berusia lapan dan empat tahun, semuanya atas galakan dan sokongan suaminya. Berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Roslina menjadi suri…

Read More »

Kisah seorang penoreh getah


Beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Beliau pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik. Pepatah…

Read More »

Jutawan Tudung


Tudung Fareeda mencetuskan fenomena apabila peminat-peminatnya sanggup bermalam dan beratur di depan kedai semata-mata untuk membeli design terbaru. Antara produknya yang terkenal ialah Fareeda Sabreena, Fareeda Suraiya, Fareeda Suzana, Fareeda Aisya, Fareeda Mariya, Fareeda Nour Sara, dan Fareeda Nour Sofea. Pengasas Fareeda ialah Puan Faridah Zakarian yang berasal dari Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang suri rumah yang mula berniaga secara…

Read More »

Omar Ali berpengalaman lebih 70 tahun


Beliau adalah Pengarah Urusan, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd. Syarikat yang beribu pejabat di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu diasaskan oleh ayah beliau, allahyarham Omar Ali, pada tahun 1935. Bisnes ayahnya bermula dengan menjual pakaian tradisional di sebuah bazar yang kini menjadi tapak Wisma Yakin, di Jalan Masjid India. Selain baju Melayu, ayahnya juga mahir menjahit sut iaitu pakaian popular…

Read More »

Kegigihan Seorang Ibu Tunggal


Ini ialah ibu kepada pengasas tagline ‘Terlajak Laris’, Datuk Aliff Syukri. Puan Rozita Ibrahim berasal dari Sungai Besar, Selangor dan dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak sulung dari enam adik-beradik adalah anak kepada pasangan guru agama dan suri rumah. Beliau menamatkan zaman gadisnya pada usia 18 tahun tetapi jodoh tidak panjang. Perceraian itu menyebabkan beliau sehingga dipulaukan oleh keluarga. Dengan…

Read More »

Hazimah wanita minyak


Membangunkan perniagaan minyak di 40 negara TEMPOH 25 tahun memperkenalkan Hyrex Oil ke persada antarabangsa bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi bagi seorang wanita. Pelbagai onak duri, cabaran, dan dugaan, selain kerap menerima pandangan sinis oleh kaum lelaki, merupakan lumrah yang harus ditempuhi sebelum berjaya. Perkara ini diakui oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hyrax Oil, Datuk Hazimah Zainuddin, 53, semasa ditemui di…

Read More »